Dilahirkan di Terengganu pada 24 Disember 1992. Selepas menamatkan pendidikannya di Institut al - Quran Terengganu (IQT), beliau mengambil jurusan Usuluddin di Universiti Al AlBayt, Jordan. Pada tahun 2020, beliau dilantik sebagai Pegawai Muballigh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Pada tahun 2022, beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pelajaran MAIPs. Sering berkuliah di masjid - masjid sekitar Utara dan Pantai Timur antaranya Masjid Alwi Perlis, Masjid Karwa Pulau Pinang dan Masjid al Muhajirin Felda Jerangau Terengganu. Setiap hari Isnin hingga Jumaat selepas Subuh, beliau mengadakan sesi Maal Quran Tahsin & Tadabbur di Masjid As - Syakirin Oran Perlis. Manakala Setiap hari Jumaat waktu Dhuha diadakan sesi Ijtima' Jumaat di Masjid Alwi. Beliau bergiat aktif mengadakan Kuliah Tadabbur dan Ceramah tentang Harta Pusaka. Beliau juga bertugas menjadi imam sepenuh masa di Masjid As - Syakirin Oran, Perlis.
Antara buku - buku Kuliah UQE