SIMPLY TADABUR : SURAH AL - HASYR (PENGUSIRAN)
Surah Musabbihat.
Surah ke - 59, 24 Ayat, Madaniyyah
(tahun ke-4 atau ke-5 Hijrah ketika berlakunya pengusiran Yahudi Bani Nadhir)
al - Hasyr Ayat 1 :
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Al-Ḥashr: The Gathering.
Whatever is in the heavens and whatever is on the earth exalts Allāh,¹ and He is the Exalted in Might, the Wise.
See footnote to 57:1.
(MELAYU)
Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Bermula dengan fiil Madhi.
al - Hasyr Ayat 2 :
Pengusiran kali pertama Yahudi Bani Nadhir keluar dari Madinah.
Kali kedua pengusiran dalam perang Khaibar yang dilakukan pengusiran secara menyeluruh.
Sebahagian Ulama berpandangan, pengusiran pertama berlaku ketika Perang Khaibar dan pengusiran kedua berlaku pada zaman Umar al - Khattab R.A. Beliau menghalau orang Yahudi keluar dari tanah Hijaz dan Syam.
Ada juga berpandangan pengusiran pertama berlaku pada zaman Nabi S.A.W. Manakala Pengusiran kedua berlaku zaman sekarang di Palestin.
Pengusiran orang Yahudi berlaku selama 6 hari.
Yahudi Bani Nadhir berani melawan Islam kerana mendapat janji dari golongan Munafiq yang akan menghantar pasukan seramai 2000 orang dan bantuan dari Bani Ghatfan.
Namun, pada hari keenam pengepungan berlaku terhadap orang Yahudi. Mereka sendiri yang merosakkan rumah mereka sebagai isyarat ingin keluar dan meninggalkan tempat tersebut.
Apabila seseorang taat kepada Allah. Maka pertolongan Allah akan datang tanpa disangka - sangka.
al - hasyr Ayat 3 :
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And if not that Allāh had decreed for them evacuation, He would have punished them in [this] world, and for them in the Hereafter is the punishment of the Fire.
(MELAYU)
Dan jika tidaklah kerana Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka, benar-benar Allah mengazab mereka di dunia. Dan bagi mereka di akhirat azab neraka.
Sekiranya tidak berlaku pengusiran terhadap orang Yahudi. Mereka tetap pasti hidup dalam keadaan kucar kacir.
Namun, Allah al - Aziz al - Hakim masih memberi peluang orang Yahudi untuk bertaubat.
(Sambungan rakaman kuliah ayat 4 - 7 tidak dijumpai)
al - Hasyr Ayat 8 :
(SAHEEH INTERNATIONAL)
For the poor emigrants who were expelled from their homes and their properties, seeking bounty from Allāh and [His] approval and supporting Allāh and His Messenger, [there is also a share]. Those are the truthful.
(MELAYU)
(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.
Pemberian harta rampasan fai diberikan kepada orang miskin yang berhijrah.
Berkaitan tentang penghasilan harta rampasan fai yang berlaku tanpa peperangan.
Golongan al - Sadiqun telah meninggalkan harta dan ahli keluarga mereka mencari kurnia dan keredhaan Allah serta menolong dakwah Rasulullah S.A.W.
al - Hasyr Ayat 9 :
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [also for] those who were settled in the Home [i.e., al-Madīnah] and [adopted] the faith before them.¹ They love those who emigrated to them and find not any want in their breasts of what they [i.e., the emigrants] were given but give [them] preference over themselves, even though they are in privation. And whoever is protected from the stinginess of his soul – it is those who will be the successful.
Before the settlement of the emigrants (Muhājireen) among the Anṣār, for whom a share is delegated as well.
(MELAYU)
Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekali pun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung
Kedudukan Kaum Ansar yang dicabutkan rasa kedekut dalam diri.
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
آيَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ، وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الأَنْصَار
“Tanda keimanan adalah mencintai kaum Ansar, dan tanda kemunafikan adalah membenci kaum Ansar.”
(HR. Bukhari : 3784))
Perkataan Syuhha membawa maksud kedekut. Orang bersifat sedemikian akan melihat siapa golongan yang patut menerima hartanya, sehingga sikap tersebut menyebabkannya tidak jadi mengeluarkan duit tersebut. Ianya peringkat bawah sedikit dari bakhil.
Hendaklah berinfaq pada orang yang betul - betul susah dan mengetahui keadaan golongan yang diinfaq tersebut.
(Sambungan rakaman kuliah ayat 10 - 24 tidak dijumpai)