Menurut Ibn Hibban, Ziarah terbahagi kepada dua keadaan :
1. Berziarah yang dapat memperbaiki hubungan antara dirinya dan saudaranya, serta terhindar dari adanya kecacatan serta kebencian di dalamnya. Jika dia memiliki sifat seperti ini, aku suka dia banyak mengunjungi dan sering berkumpul; kerana banyak mengunjungi antara orang yang memiliki sifat ini tidak akan menimbulkan kebosanan dan akan menambah keakraban.
2. Namun, jika banyak berziarah menyebabkan tidak terjalin kasih sayang, dan menyebabkan ketegangan. Maka jika keadaan ini , aku lebih suka dia mengurangkan ziarah, kerana banyaknya berziarah antara mereka akan membawa kepada kebosanan dan kemudaratan.Â
(Rawdatul Uqala' wa Nuzhatul Fudala: 1/116)