SIMPLY TADABUR : SURAH AS - SAFF (BARISAN)
surah ke - 61, 14 Ayat, Madaniyyah
Nama lain :
● Hawariyyun (pengikut rapat Nabi Isa)
● Surah Nabi Isa
● Berjihad atau bermujahadah
As - Saff ayat 1 :
سَبَّحَ لِلَّهِ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ ۖ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Aṣ-Ṣaff: The Row.
Whatever is in the heavens and whatever is on the earth exalts Allāh, and He is the Exalted in Might, the Wise.
(MELAYU)
Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
1. Semua makhluk di langit dan bumi bertasbih kepada Allah.
2. Makhluk selain manusia dan jin turut bertasbih dengan cara yang tertentu. Firman Allah :
تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتُ ٱلسَّبۡعُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِیهِنَّۚ وَإِن مِّن شَیۡءٍ إِلَّا یُسَبِّحُ بِحَمۡدِهِۦ وَلَـٰكِن لَّا تَفۡقَهُونَ تَسۡبِیحَهُمۡۚ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِیمًا غَفُورࣰا
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." [Surah Al-Isrāʾ: 44]
3. Orang yang kuat bertasbih akan diberi kemuliaan Izzah (al - Aziz) dan kebijaksanaan (al - Hakim).
As - Saff Ayat 2 :
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لِمَ تَقولونَ ما لا تَفعَلونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
O you who have believed, why do you say what you do not do?
(MELAYU)
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
▪︎ Teguran Allah kepada semua manusia yang mengetahui banyak amalan soleh dan mempunyai ilmu tentangnya tetapi tidak dilakukan amalan soleh tersebut.
As - Saff Ayat 3 : (sifat Jalal sifat murka Allah)
كَبُرَ مَقتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقولوا ما لا تَفعَلونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Great is hatred in the sight of Allāh that you say what you do not do.
(MELAYU)
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
1. Besar kemurkaan Allah terhadap orang yang pandai bercakap tetapi tidak melakukannya, walaupon dia mampu melakukannya.
2. Kalimah Maqtan menunjukkan kemurkaan yang tinggi kerana tentang orang yang sifatnya berpura - pura dan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan.
3. Semua amalan yang ada dalam al - Quran dan Hadis perlu ada keazaman untuk melakukannya.
As - Saff Ayat 4 : (Sifat Jamal iaitu sifat baik Allah ingin beri pada hambaNya)
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذينَ يُقٰتِلونَ في سَبيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنيٰنٌ مَّرصوصٌ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Indeed, Allāh loves those who fight in His cause in a row as though they are a [single] structure joined firmly.
(MELAYU)
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh
1. Berperang atau berjihad hendaklah dilakukan dalam keadaan tersusun.
2. Termasuk berjihad adalah bermujahadah (kesungguhan) dalam berbuat kebaikan.
3. Amalan baik turut dilakukan dalam keadaan tersusun (samada amalan baik harian, mingguan,bulanan atau tahunan).
4. Orang yang dicintai Allah dan berbuat banyak kebaikan mempunyai sifat kebaikan yang dilakukannya secara tersusun samada dalam jangka masa pendek dan dalam jangka masa panjang.
As - Saff Ayat 5 : ( dalil naqli kisah terdahulu iaitu Kisah Nabi Musa)
وَإِذ قالَ مو سىٰ لِقَومِهِ يٰقَومِ لِمَ تُؤذونَني وَقَد تَّعلَمونَ أَنّي رَسولُ اللَّهِ إِلَيكُم ۖ فَلَمّا زاغوا أَزاغَ اللَّهُ قُلوبَهُم ۚ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الفٰسِقينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [mention, O Muḥammad], when Moses said to his people, “O my people, why do you harm me while you certainly know that I am the messenger of Allāh to you?” And when they deviated, Allāh caused their hearts to deviate. And Allāh does not guide the defiantly disobedient people.
(MELAYU)
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?” Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
1. Kalimah 'Menyakitiku' bermaksud tiada perancangan dalam berbuat kebaikan. Contoh Kalau rasa nak buat, buat. Kalau tidak mahu buat, tidak dibuat. (Menyakitkan dalam bentuk Menyentuh hati)
2. Pangkat Rasul (utusan) adalah sebagai pemantau amalan - amalan atau nazir (pemberi ingatan) terhadap kaumnya.
3. Kalimah 'Zaghu' adalah isim fail iaitu sifat itu dilakukan dengan sengaja.
4. Kaum Nabi Musa mempunyai sifat penyelewengan terhadap pilihan sendiri. (Perumpamaannya seperti signal kereta diletakkan sebagai isyarat arah masuk simpang kepada orang lain, tetapi masih ada yang tidak mempedulikannya).
4. Orang Fasiq suka berpaling terhadap ajaran Rasul.
As - Saff Ayat 6 : (dalil naqli kisah umat terdahulu iaitu Nabi Isa)
وَإِذ قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ يٰبَني إِسرٰءيلَ إِنّي رَسولُ اللَّهِ إِلَيكُم مُّصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيَّ مِنَ التَّورىٰةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسولٍ يَأتي مِن بَعدِي اسمُهُ أَحمَدُ ۖ فَلَمّا جاءَهُم بِالبَيِّنٰتِ قالوا هٰذا سِحرٌ مُّبينٌ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [mention] when Jesus, the son of Mary, said, “O Children of Israel, indeed I am the messenger of Allāh to you confirming what came before me of the Torah and bringing good tidings of a messenger to come after me, whose name is Aḥmad.”¹ But when he came to them with clear evidences, they said, “This is obvious magic.”²
Another name of Prophet Muḥammad (ṣ).
i.e., fraud or deception.
(MELAYU)
Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)”. Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata”.
▪︎ Nabi Isa sudah memberitahu bahawa bentuk penentangan yang akan berlaku terhadap Nabi akhir zaman yang akan digelar sebagai penyihir.
As - Saff Ayat 7 :
وَمَن أَظلَمُ مِمَّنِ افتَرىٰ عَلَى اللَّهِ الكَذِبَ وَهُوَ يُدعىٰ إِلَى الإِسلٰمِ ۚ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And who is more unjust than one who invents about Allāh untruth while he is being invited to Islām. And Allāh does not guide the wrongdoing people.
(MELAYU)
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.
Ahli Kitab mengetahui kedatangan Nabi akhir zaman yang bernama Ahmad, tetapi mereka menyembunyikan isi kitab tersebut.
2. Bahkan mereka melawan Nabi akhir zaman.
As - Saff Ayat 8 : (penyempurnaan agama tetap berlaku walaupon ada cubaan memadamkan agama)
يُريدونَ لِيُطفِئوا نورَ اللَّهِ بِأَفوٰهِهِم وَاللَّهُ مُتِمُّ نورِهِ وَلَو كَرِهَ الكٰفِرونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
They want to extinguish the light of Allāh with their mouths, but Allāh will perfect His light, although the disbelievers dislike it.
(MELAYU)
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya”.
1. Orang kafir mahu memadamkan cahaya agama yang diumpamakan seperti tiupan mulut. Ianya menunjukkan tipudaya mereka tidak kuat.
2. Agama Islam tetap akan terus berkembang.
As - Saff Ayat 9 :
هُوَ الَّذي أَرسَلَ رَسولَهُ بِالهُدىٰ وَدينِ الحَقِّ لِيُظهِرَهُ عَلَى الدّينِ كُلِّهِ وَلَو كَرِهَ المُشرِكونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
It is He who sent His Messenger with guidance and the religion of truth to manifest it over all religion, although those who associate others with Allāh dislike it.
(MELAYU)
Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.
1. Allah mengutuskan Rasul dengan petunjuk dan agama yang benar supaya jelas dan terang agama Islam atas semua agama lain di dunia, walaupon ianya dibenci oleh orang kafir.
2. Gelaran orang kafir berbeza :
- Kafir bermaksud ahli Kitab Yahudi dan Kristian yang pernah menerima Nabi dan Rasul.
- Kafir Musyrikun adalah penyembah berhala yang tiada nabi dan Rasul.
3. Keduanya melakukan serangan terhadap agama dengan melakukan penyelewengan isi kitab dan menafikan kedudukan Nabi S.A.W.
As - Saff Ayat 10 :
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا هَل أَدُلُّكُم عَلىٰ تِجٰرَةٍ تُنجيكُم مِن عَذابٍ أَليمٍ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
O you who have believed, shall I guide you to a transaction that will save you from a painful punishment?
(MELAYU)
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
1. Suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan dari azab yang pedih.
2. Allah umpamakan ibadah, amal soleh dan tauhid seperti melakukan perniagaan dengan Allah.
3. Manusia membuat transaksi amalan di dunia untuk mendapat keuntungan akhirat seperti syurga, pahala, rahmat dan syafaat.
As - Saff Ayat 11 : (Apakah perniagaan itu?)
تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَرَسولِهِ وَتُجٰهِدونَ في سَبيلِ اللَّهِ بِأَموٰلِكُم وَأَنفُسِكُم ۚ ذٰلِكُم خَيرٌ لَّكُم إِن كُنتُم تَعلَمونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
[It is that] you believe in Allāh and His Messenger and strive in the cause of Allāh with your wealth and your lives. That is best for you, if you should know.
(MELAYU)
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
1. Percaya kepada Allah dan Rasul dengan berjihad di jalan Allah beserta harta dan diri sendiri. Itulah paling baik sekiranya orang beriman mengetahui.
2. Kelebihan membaca al - Quran lebih baik daripada mendapat unta mahal.
أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ إِذَا رَجَعَ إِلَى أَهْلِهِ أَنْ يَجِدَ فِيهِ ثَلاَثَ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ ». قُلْنَا نَعَمْ. قَالَ « فَثَلاَثُ آيَاتٍ يَقْرَأُ بِهِنَّ أَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثِ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ
“Maukah seorang dari kalian jika kembali ke rumahnya mendapati di dalamnya tiga unta yang hamil, gemuk, dan besar?” Kami (para shahabat) menjawab, “Iya.” Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Salah seorang dari kalian membaca tiga ayat di dalam solat lebih baik baginya daripada mendapatkan tiga unta yang hamil, gemuk, dan besar.” (HR. Muslim, no. 802).
Dari Uqbah bin Amir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar, sedang kami berada di serambi masjid (Madinah). Lalu beliau bersabda,
« أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يَغْدُوَ كُلَّ يَوْمٍ إِلَى بُطْحَانَ أَوْ إِلَى الْعَقِيقِ فَيَأْتِىَ مِنْهُ بِنَاقَتَيْنِ كَوْمَاوَيْنِ فِى غَيْرِ إِثْمٍ وَلاَ قَطْعِ رَحِمٍ». فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نُحِبُّ ذَلِكَ. قَالَ « أَفَلاَ يَغْدُو أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَيَعْلَمَ أَوْ يَقْرَأَ آيَتَيْنِ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ خَيْرٌ لَهُ مِنْ نَاقَتَيْنِ وَثَلاَثٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثٍ وَأَرْبَعٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَرْبَعٍ وَمِنْ أَعْدَادِهِنَّ مِنَ الإِبِلِ»..
“Siapakah di antara kalian yang senang berangkat pagi pada tiap hari ke Buthhan atau Al-‘Aqiq, lalu kembali dengan membawa dua unta yang besar bonggolnya, tanpa mengerjakan dosa atau memutus hubungan silaturahim (hubungan dengan sanak keluarga)?” Kami (yang hadir) berkata, “Ya kami senang, wahai Rasulullah.” Lalu beliau bersabda, “Apakah seseorang di antara kalian tidak berangkat pagi ke masjid, lalu mempelajari atau membaca dua ayat Al-Qur’an, hal itu lebih baik baginya daripada dua unta. Dan (bila mempelajari atau membaca) tiga (ayat) akan lebih baik daripada memperoleh tiga (unta). Dan (bila mempelajari atau mengajar) empat ayat akan lebih baik baginya daripada memperoleh empat (unta), dan demikian dari seluruh bilangan unta.” (HR. Muslim: 803)
3. Nabi selalu membaca surah al - Musabbihat sebelum tidur iaitu Surah al - Isra, Surah al - Hadid, Surah al - Hasyr, Surah Saff, Surah Jumaat, Surah Taghabun, Surah al - A'la. Tambahan lain Surah al - Zumar, Surah al - Mulk dan Surah al - Sajadah.
4. Ciri - ciri orang yang melakukan perniagaan yang dapat menyelamatkan mereka dari azab neraka yang pedih :
Perniagaannya adalah dengan beriman kepada Allah dan Rasul, berjihad (mendapatkan kebaikan dan syurga) dengan harta dan diri sendiri.
Kebaikan disebut dengan lafaz Nakirah (umum) untuk menunjukkan mendapat kebaikan yang banyak.
Mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya.
5. Perbanyak berdoa :
اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ اْلإِيْمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِيْنَ
"Ya Allah, hiasilah (diri) kami dengan perhiasan (keindahan) iman, serta jadikanlah kami sebagai orang-orang yang (selalu) mendapat petunjuk (dari-Mu) dan memberi petunjuk (kepada orang lain)."
(HR. An-Nasai : 3/54-55)
As - Saff Ayat 12 : (Kesan beriman dan berjihad)
يَغفِر لَكُم ذُنوبَكُم وَيُدخِلكُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ وَمَسٰكِنَ طَيِّبَةً في جَنّٰتِ عَدنٍ ۚ ذٰلِكَ الفَوزُ العَظيمُ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
He will forgive for you your sins and admit you to gardens beneath which rivers flow and pleasant dwellings in gardens of perpetual residence. That is the great attainment.
(MELAYU)
Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
1. Mendapat pengampunan dosa akan memudahkan seseorang itu membuat kebaikan.
2. Cara menjemput pengampunan adalah dengan beristighfar dan bersedekah.
3. Bukan sekadar diberi pengampunan, tetapi diberi al - 'Afwa iaitu dihapuskan segala catatan kejahatan dosa tersebut.
4. Syurga 'Adn adalah tempat yang dipenuhi tumbuhan dan buah -buahan yang lazat dan menyelerakan.
5. Dalam Tafsir al Misbah, Quraisy Shibab berpandangan bahawa syurga disebut 'Adn kerana di Yaman mempunyai tempat bernama 'Adn yang suhunya sederhana dan tanahnya yang subur (menjadi pusat Kerajaan Saba').
6. Dalam Tafsir Qurtubi, apabila orang menanam gandum atau padi di 'Adn. Satu biji padi atau gandum saiznya sebesar sebuah kurma. Sekiranya lalu dibawah gugusan anggur, anggurnya tidak perlu dipetik kerana anggur itu akan jatuh sendiri.
As - Saff Ayat 13 :
وَأُخرىٰ تُحِبّونَها ۖ نَصرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتحٌ قَريبٌ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [you will obtain] another [favor] that you love – victory from Allāh and an imminent conquest; and give good tidings to the believers.
(MELAYU)
Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
1. Luas dan berkembangnya wilayah umat Islam ke kawasan lain.
2. Semangat bagi para Sahabat untuk merasakan pertolongan Allah itu dekat.
3. Kekuatan iman itu teramatlah besar.
As - Saff Ayat 14 :
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا كونوا أَنصارَ اللَّهِ كَما قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ لِلحَوارِيّينَ مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ ۖ قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ ۖ فَئآمَنَت طّائِفَةٌ مِّن بَني إِسرٰءيلَ وَكَفَرَت طّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدنَا الَّذينَ ءآمَنوا عَلىٰ عَدُوِّهِم فَأَصبَحوا ظٰهِرينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
O you who have believed, be supporters of Allāh, as when Jesus, the son of Mary, said to the disciples, “Who are my supporters for Allāh?” The disciples said, “We are supporters of Allāh.” And a faction of the Children of Israel believed and a faction disbelieved. So We supported those who believed against their enemy, and they became dominant.
(MELAYU)
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.
1. Perangai Bani Israil hanya berjanji dahulu, kemudian memungkiri janjinya tanpa alasan yang benar.
2. Kekuatan imanlah yang dapat memberikan kemenangan. (Contoh kemenangan yang berlaku di Taliban setelah dijajah Amerika selama 20 tahun dan mendapat kemerdekaan pada tahun 2021. Bahkan Taliban menulis di dinding bangunan bekas kedutaan Amerika sebagai tanda kemenangan, "Allah telah membantu rakyat Taliban menghalau Amerika").