●Kesinambungan dengan surah talaq dan perkaitan paling utama iaitu surah al Nisa perkaitan urusan rumahtangga (Umur Munazimah)
●Lebih khusus tentang panduan poligami atau lelaki yang mempunyai keluarga yang besar
Ayat 1
1.Asbab Nuzul :
● Nabi minum madu di rumah Zainab binti Jahsy. Kemudian nabi pergi rumah Aisyah dan Hafsah. Mereka berpakat untuk menunjukkan rasa tidak suka dengan bau mighfar atau maghafir dari mulut nabi. Lalu Nabi mengharamkan dirinya meminum madu.
●Nabi pergi rumah Hafsah dan Hafsah tiada. Lalu nabi melihat hamba milik hafsah bernama Mariah al Qibitiyah (diberi raja mesir Muqauqis) dan nabi menggaulinya di runah Hafsah. Hafsah balik dari urusan dan melihat nabi bersama Mariyah. Timbull rasa cemburu dalam hati Hafsah. Lalu Nabi bersumpah mengharamkan dirinya tidak akan menggauli hamba lagi.
2. Allah menegur jangan mengharamkan perkara yang halal
3.Tujuan nabi mengharamkan benda yang halal untuk memujuk dan mendapat kerelaan hati isteri2.
Ayat 2
1. Allah mewajibkan pembebasan terhadap sumpah2. Ada sebahagian riwayat mengatakan sumpah2 nabi itu disusuli dengan kafarah (memberi makan 10 orang miskin)
Ayat 3
1. Perbicaraan nabi dengan hafsah ketika hafsah cemburu nabi bersama mariah qibityah.
2. Nabi menyuruh rahsia itu hanya mereka berdua sahaja tahu. Tetapi Hafsah tetap menceritakan pada isteri lain.
3. Allah beritahu nabi bahawa Hafsah telah menceritakan perkara yang berlaku antara dia dengan Nabi hingga nabi mengaharamkan bersama Mariyah kepada Aisyah
4. Hafsah tidak menepati janji kerana kecemburuan boleh mengatasi bertindak luar dari akalnya. Cemburu mengatasinya akan melakukan tindakan luar jangkaan
5. Ketika Nabi bercerita kenapa bagitahu pada Aisyah. Maka Hafsah pon bertanya, siapakah yang mengkhabarkannya. Allah mengajar Nabi untuk menjawab ialah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Teliti
6. Allah Maha Mengetahui segala perkara yabg kecil berlaku dalam hidup samada cemburu isteri, cara layanan terhadap isteri. Apatah lagi perkara - perkara yang besar. Allah tidak pernah membiarkan Palestin. Allah tidak penat menjaganya.(Ayatul Kursi)
Ayat 4 (pendirian dan penegasan muktamad terhadap isteri nabi)
1. Allah memberi pilihan kepada Aisyah dan Hafsah untuk bertaubat itu lebih baik.
2. Sekiranya masih berkeras mahu menekan nabi dengan rasa cemburu. Ketahuilah Allah,malaikat jibril dan orang soleh2 dari kalangan orang beriman (ada riwayat mengatakan ayah mereka iaitu Abu Bakar dan Umar memanggil anak mereka untuk memberi oengajaran keoada anak mereka supaya tidak meminta benda pelik2 dan memberatkan nabi dengan perkara seperti ini) akan menolong nabi.
3. Jika ada apa2 Allah akan memberi pertolongan terhadap nabi dan Allah akan menyebelahi nabi
*pengajaran : kelembutan nabi terhaxap steri nabi sanggip berkorban untuk mengharamkan benda halal untuk menjaga hati isteri. Ianya merupakan satu perjuangan orang mendirikan rumahtangga untuk banyak bertoleransi oada oasangan. (Hadis seorang sahabat yabg mempunyai hamba selalu buat masalah. Nabi suruh maafkan 70 kali sehari.
Para Ulama kalau hamba sahaja kena maafkan 70 kali. Apatah lagi isteri, anak dan oranv yg berkeliling kita ruang kemaafan itu besar untuk diberikan. Kemaafan bukan setuju dengan kesalahan yang dilakukan, tetapi diajarkan pada oerkara yang betul. Tetapi tidak perlu simpan lama dalam bentuk dendam atau tidak puas hati.
Ayat 5 (Ancaman kepada isteri2 nabi)
1. Khususnya buat Hafsah dan Aisyah. Bukan sekadar ingin mengancam tetapi untuk menunjukkan kedudukan isteri nabi sebagai sebaik baik wanita paling utama dalam kalangan wanita beriman di dunia (Hadis kelebihan Aisyah seperti sariq)
2. Sifat2 wanita2 menjadi isteri2 nabi dan sifat2 yg sudah ada pada isteri2 nabi yang sedang berkonflik ketika itu.
3. Jika infin diganti maka kami akan gantikan dengan muslimat (seorang yang menyerah diri), mukminat (beriman kepada Allah), qonitat (taat), taibat (selalu bertaubat), abidat (rajin beribadah) dan saihat (sebahagian terjemah rajin berpuasa. Sebahagian mengatakan mudah mengikuti arahn dari suaminya yang bertepatan dengan syariat. Jika tidak betul, dia akan tegur dengan cara yang paling terbaik), janda, dan perawan
4. Disebut janda dahulu baru anak dara kerana ayat ini khusus untuk nabi . Perempuan paling mudah dan berpengalaman melayani suami adalah wanita yang ada pengalaman berkahwin khusus suami yang sibuk seperti nabi. Nabi ini memang sibuk yang memulakan hari nya dengan kesibukan dan mengakhiri malamnya dengan kesibukan. Jadi orang sebegini lebih sesuai u tuk didampingi oleh peremluan yang sudah berkahwin sebab itu isteri nabi anak dara seorang sahaja iaitu Aisyah. Lain semuanya janda sebab isteri janda lain tahu dan mudah faham akan kesibukan nabi. Nabi memang tiada masa seperti lelaki lain yang kurang komitmennya. Jadi ancaman dan juga perkara yang menyebabkan salah faham akan tindakan nabi tidak akan mudah berlaku pada wanita janda kerana wanita janda mempunyai emosi yang lebih matang.
Ayat 6
1. Ghilaz kasar perkataan dan syidad kasar dari segi oerbuatan. Itu adalah sifat penjaga neraka.
2. Antara paling utama seseorang ialah mengutamakan menjaga dirinya supaya tidak terjerumus dalam api neraka dan juga orang sekeliling yang dekat iaitu ahli keluarga, isteri dan anak.
3. Maksud orang utama. Keutamaan orang yang perlu dibantu masalah dalam masyarakat adalah orang kawasan sendiri. Lebih lagi yang muslim dan beriman. Ada orang susah di temlat kita jangan ditolong di tempat lain dahulu. Toling yg dekat sini dahulu. Baru pergi ke tempat lain. Perlu ada rasa kesian pada tempat lain. Tetapi cara Allah membantu umat Islam di tempat lain adalah kita melakukan ketaatan dan beribadah di sini. Sekiranya kita masih lalai dengan solat, jualbeli terlibat dengan riba dan kelalaian menyebabkan dan memberi kesan pada umat yang susah di tempat lain. *minit 10
Ayat 7
1. Segala alasan yang dicipta dan dibawa orabg kafir semuanya tidak laku kerana Tuhan sudah tahu helahnya dimana.
2. Semuanya dibalas sesuai apa yang dikerjakan dengan niat (takmalun)
Ayat 8
1. Taubat Nasuha
Pandangan pertama : Taubat yang ikhlas (nasuha bermaksud khalis) . Taubat ebtul2 kerana Alah bukan kerana mengalami mudharat atau kecelakaan barukah bertaubat. Taubat begini Allah terima juga tetapi paling baik sebelum berlaku benda buruk sedar dahulu benda itu salah. Ada orang ebrtaubat setelah mengalami keburukan daripada kejahatan yang dia buat. Contoh orang terlibat dengan zina dan songsang kena penyakit baru mula bertaubat. Itu tidak dipanggil taubat nasuha. Taubat begitu bagus cuma tidak mencapai tahap tertinggi sebelum kena apa2 berhenti dahulu.
*Pandangan kedua, taubat Nasuha dengan makna Nasuh berperingkat2 berhenti dari melakukan kejahatan. Dalam bahasa arab Nasuha bermaksud menampung pakaian yg berlubang. Perbuatan menjahit pakaian berlubang itu dipanggil Nasuh. نصوحة الخياطة. Maknanya ditampung sedikit2 tutup.
Pandangan ketiga taubat nasuha bermaksud taubat dan berusaha mencari orang untuk menasihati sebab perkataan nasuha maksudnya adalah nasihat dan merubah keadaan sekeliling bilamana ingin bertaubat. Apabila ingin bertaubat duduk dalam keadaan lama tidak akan beri apa2 perubahan. Kalau keadaan baru keadaan orang boleh sentiasa memberi nasihat.
الدين النصيحة
2. Perkataan Asa bermaksud moga2. Sedangkan dalam ayat lain surah asSyura وهو الذي يقبل التوبة tiada perkataan moga2. Moga2 ni macam tidak terima 100%.
3. Ayat ini menyeru orang beriman orang datang masjid, reti berpuasa, reti baca al quran sebab orang2 sebegini menyababkan amalan ibadat yang dilakukan sudah berada di zon selesa hingga rasa tiada salah. Bukan menyeru orang berbuat dosa (Zumar) لا تقنطو من رحمة الله**
Abu Bakar minta doa kepada nabi sedangkan Abu Bakar orang yg iman paling baik di kalangan umat. Dalam hadis nabi sebut kalau ditimbang iman Abu Bakar berbandinh seluruh manusia, maka beratlah iman Abu Bakar. اللهم إني ظلمت (afdhol dibaca dalam sujud dan sebelum salam)
Dalam surah Qasas nabi musa juga berdoa dengan doa seumpama sedemikian اللهم اغفرلي
3. Kesan dari taubat dimasukkan syurga pada Hari akhirat
4. Kemuliaan yang Tuhan beri sebab taubat yg betul dan iman yang jitu Tuhan jadikan cahaya memancar di hadapan mereka dan di belakang dan di sebelah kanan mereka sambil mereka berkata (doa orang beriman dan orang yg diberi kemuliaan Allah dapat masuk syurga ketika di Padang Mahsyar di titian sirat sebelum masuk syurga.
**Kitab Tafsir Mafatihul Ghaib Fakhrudin al razi isyarat ayat ini orang2 bilamana bertaubat di mana dia perlu pergi? Dia perlu pergi ke masjid dahulu kerana satu2nya doa nabi ajar yang menuju tempat itu ada unsur cahaya yang sempurna. Orang yang brtaubat dekat amna tempat perku banyak berada adalah di masjid dengen menyempurnakan amalan2 fardhunya, amalan sunat2 yg lain. Itu membantu dia mendapat syurga
Ayat 9
1. Wahai Nabi perangi orang kafir dengan pedang. Orang Munafik diperangi dengan ilmu dan nasihat kerana mereka zahirnya Islam dan menajdi fitnah kalau memerangi orang munafik dengn membunuhnya. Manakala orang kafir tidak mengapa dibunuh kerana mereka jelas kekufurnnya.
***2. Apabila sudah taubat tidka perlu duduk lama2 dgn orang kafir dan munafik kerana mengganggu momentum taubat itu kalau duduk dekat lagi dan berkawan dengan irang kafir dan munafik. Memang sangat2 kuat menggangu momentum iadbah orang yabg ingin berubah dari buruk kepada baik.