SIMPLY TADABUR : SURAH AL - JUMUAH (HARI JUMAAT)
surah ke - 62, 11 Ayat, Madaniyyah
Al - Jumuah ayat 1 :
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Al-Jumu‘ah: Friday.
Whatever is in the heavens and whatever is on the earth is exalting Allāh,¹ the Sovereign, the Pure, the Exalted in Might, the Wise.
See footnote to 57:1.
(MELAYU)
Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
1. Ucapan paling terbaik adalah bertasbih. Mulakan pagi hari dan menutup kehidupan dengan bertasbih dan semua kehidupan harian. (Zikir pagi petang, zikir kenderaan, zikir sebelum tidur, zikir selepas solat. Hadis, dua kalimah ringan di lidah berat di Mizan
2. Bertasbih oleh semua makhluk (al Isra)
3. Tujuan tasbih untuk menyatakan Maha Raja, Suci, Perkasa dan bijaksana Allah.
4. Tujuan lain sebagai ketiggian perhambaan dan pergantungan serta tawakal kepada Allah (dalam bahasa arab adalah berenang. Orang berenang berharap dataran timbul kembali. Air bukan tempat manusia walaupon pandai berenang. Jadi orang bertasbih bukan berharap kehidupan dunia semata. Dunia adalah air sahaja, dataran kekal abadi iaitu akhirat. Sebab itu hidup di dunia kena banyak tasbih umpama dapatkan oksigen berenang dalam air. Kalau kurang tasbih akan tenggelam atau mati dalam dunia)
Al - Jumuah ayat 2 : (kesan tasbih)
(SAHEEH INTERNATIONAL)
It is He who has sent among the unlettered [Arabs] a Messenger from themselves reciting to them His verses and purifying them and teaching them the Book [i.e., the Qur’ān] and wisdom [i.e., the sunnah] – although they were before in clear error –
(MELAYU)
Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,
1. Siapakah wakil Tuhan yang mengajarkan kesan tasbih yang benar.
2. Umiy tidak reti baca dan menulis yang duduk sekeliling nabi. Pandangan kedua, umiy ini merangkumi semua kerana tidak tahu cara nak beribadah kepada Allah.
3. Tugas para nabi iaitu baca al quran, menyucikan dan bersihkan kaum dari perkara yang tidak perlu berhimpun dalam diri dan ajar al kitab dan hikmah cara memahami kitab.
4. Hikmah kebijaksanaan untuk mengambil pelajaran dalam al Quran.
Al - Jumuah ayat 3 :
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [to] others of them who have not yet joined them. And He is the Exalted in Might, the Wise.
(MELAYU)
dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
1. Golongan lain yang menjadi umat Nabi samada yag sudah datang atau belum datang.
2. Sesiapa ikut nabi bertasbih kepada Tuhan akan mendapat kemuliaan al Aziz dan kebijaksanaan iaitu taat dan hormat Nabi
Al - Jumuah ayat 4 :
(SAHEEH INTERNATIONAL)
That is the bounty of Allāh, which He gives to whom He wills, and Allāh is the possessor of great bounty.
(MELAYU)
Demikianlah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai kurnia yang besar.
Tidak semua dapat merasa tasbih dan ikut nabi itu penting. Hanya golongan tertentu sahaja.
Al - Jumuah ayat 5 : (perumpamaan orang tidak ikut nabi)
1. Perumpamaan Orang yang dibebankan kitab terdahulu. Kemudian tidak mengamalkan ajaran kitab seperti keldai yang membawa lembaran lembaran yang membebankan tetapi tidak tahu manfaat beban tersebut. Kalau dia tahu manfaat beban itu akan menghilangkan bebannya balik. Belajar al Quran dapat hilangkan beban di akhirat.
2. Buruk perumpamaan Ahli kitab yang mendustakan wahyu dan bertasbih.
3. Allah tidak memberi hidayah kepada orang zalim iaitu ahli kitab, orang tidak peduli apa yang dibawa nabi dan tidak ada rasa untuk bertasbih (sepeeti manusia tidak mengenali kepentingan oksigen akan menyebabkannya mati terkapai).
Al - Jumuah ayat 6 : (Allah menempelak ahli kitab kalangan Yahudi)
● Perkataan Yahudi digunakan setelah dilaknat. Sebelumnya mereka dipanggil sebagai Bani Israil (anak keturunan Nabi Yaakub)
● Digelar Yahudi apabila beribadah bergerak badan (fiil tahawud)
1. Sekiranya mengaku dikasihi Allah melebihi bangsa di dunia. Maka berharaplah kematian sekiranya kamu orang benar.
2. Ciri wali Allah tidak mahu hidup di dunia lama. Doa :
اللهم بعلمك الغيب وقدرتك الخلق علمني
(HR. Nasai)
3. Umar al Khattab suka baca surah Yusuf dalam solat Subuh. Hingga ayat Nabi Yusuf minta dipenjarakan. Maka Umar berkata, للهم لا تلدني أمي "wahai Tuhan, alangkah baiknya aku tidak dilahirkan di dunia atau menjadi pokok tempat bersandar"
Al - Jumuah ayat 7 :
1. Mereka tidak berharap mati dan ingin hidup lama.
2. Mereka bukan orang yang baik tetapi orang yang zalim ingin hidup lama kerana ingin tunjuk kehebatan atas dunia.
3. Mereka ingin bumi Palestin kerana memiliki Palestin kemuncak kehebatan manusia.
Al - Jumuah ayat 8 :
1. Kematian yang kamu ingin lari dan tidak mahu ambil tahu akan kematian pasti akan menerima kematian.
2. Kemudian kamu akan memgetahui perkara ghaib dan nyata. Dan diberitahukan tentang amalan.
3. Orang yang nak mati cepat supaya mengurangkan rekod amalan di dunia.
4. Dalam Surah al Anbiya para nabi dan orang soleh (Maryam) tidak ingin hidup lama di dunia kerana memeritkan untuk menegakkan agama.
5. Penutup surah al Anbiya Allah memberitahu bumi akan ditadbir orang soleh.
6. Wawancara menteri Afghanistan yang menang melawan Amerika. Antara yang dilalui menteri pertahanan dan menteri pembangunan menceritakan pengalaman duduk dalam oernjara mereka membaca surah al Anbiya dan bertambah yakin bumi Afghanistan akan dikembalikan kepada orang soleh.