●sebab penurunan surah al Talaq
1. Nabi menceraikan isterinya Hafsah. Kemudian turun wahyu dari Malaikat Jibril supaya dirujuk kembali kerana hafsah wanita yang suka berpuasa dan suka mendirikan malam
2. Penceraian antara Ibn Umar yang menceraikan isterinya dalam keadaan haidh
3. Kedua duanya tidak disebutkan punca konflik perceraian tersebut. Para ulama berkata kerana konflik bukan perlu diketahui.
●Dinamakan juga al Nisa Sughra.
●Surah paling banyak disebutkan perkataan takwa. Tangani konflik hadapi dengan takwa. Cara memendekkan konflik dengan berinfaq.
Ayat 1
1. Talaq sebahagian daripada hudud. Tisak semua ayat dikira sebagai hudud seperti faraidh, jenayah, nikah cerai rujuk.
2. Para Ulama mengatakan ayat hudud Umur Munazimah (bagaimana manusia nak hidup atas mukabumi secara berkelompok)
3. Apabila berlaku konflik adalah bertakwa dengan berdiam tanpa marah. (Hadis cakap benda baik atau diam)
Ayat 2
1. Berkata Hasan Basri, kalau terbuat dosa cara dibersihkan dengan berinfaq supaya menjemput keampunan dan rahmat Allah.
2. Bertakwalah kepada Allah dengan banyak diam dan berinfaq.
Ayat 3 (ayat 1000 dinar)
1. Penamaan ayat 1000 dknar tidak warid dari mana riwayat, melainkan dari buku panduan amalam setempat (fatwa perlis haramkan penyebarannya)
2. Ayat ini bagus dibaca tetapi Kelebihan dan fadhilat tidak warid. Mempercayai ada kelebihan, digantung, diletakkan tangkal, diletak laci peniaga tidak boleh. Adapon gantung tanpa ada kepercayaan kelebihan tidak mengapa.
3. Ayat ini fokus tentang konflik rumahtangga membawa penceraian. Cara mengelak konflik semakin berat adalah dengan takwa. (Perkataan takwa banyak berulang)
Ayat 4
1. Wanita menopause yang diceraikan iddahnya 3 bulan
2. Atau wanita tidak ada haidh atau tidak teratur iddahnya 3 bulan juga.
3. Wanita hamil iddahnya hingga beranak.
4. Sekiranya bertakwa, pasti Allah akan jadikan jalan keluar dengab mudah
5. Kaitan takwa dan membina takwa pada penuyup taghabun iaitu taat perintah Allah dan Nabi, infaq serta sabar tidak merespon mulut dan tangan. (Silent treatmen bergantung pada kemampuan sabar pasangan) (istilah psychologi yang diambil dari barat tidak boleh diterima sepenuhnya kerana tiada elemen spritual secara besar) panduan boleh guna tetapi orang islam ada nilai takwa dan iman.
Ayat 5
1. Perintah takwa, aturan2 bila berlaku perceraian dan iddah.
2. Orang bertakwa dihapuskan kesalahan dan dilipatgandakan pahala.
3. Perkataan takwa dalam fiil mudhari menunjukkan proses takwa berlangsung dengan sabar, infaq ibadah yang baik. (Al baqarah perkahwinan kemudian disebut tentang solat)buang sifat munafik jaga solat subuh dan isya. Perbaiki rumahtangga jaga subuh,isya dan asar. Baru nak ubah diri, jaga dua solat untuk buang munafik. Kalau orang ada konflik rumahtangga tambah jaga satu lagi solat asar. Paling terbaik 5 waktu. (Hadis sesiapa meninggalkan solat asar seperti hilang semua perkara)من صلى بردين دخل الجنة *minit 13
Ayat 6 (menerangkan tentang pengurusan penceraian yang boleh dirujuk)
1. Perempuan dalam iddahnya mesti diletak di rumah suaminya, tidak dibawa di rumah ibu bapanya. Walaupon bilik berasingan.
2. Dan jangan menyakiti mereka di tempat tinggal tersebut xengan tujuan untuk menyusahkan hingga menyebabkan isteri ingin lari darj rumah. Suami sediakan keperluan asasi sesempurna mungkin. Sebahagian ulama berpandangab suami beri lebih dari keadaan sebelum berlaku perceraian sbb Islam menutup apa2 konflik itu berpanjangan dan kebencian semakin menebal.
3. Perempuan cerai hamil diletakkan di rumah suaminya. Sekiranya suami tidak mampu, boleh nengupah oenjaga atau dari kalangan family. Ulama kontemlorari memberi keringanan untuk dibawa pulang rumah ibubapanya. Tetap diberi oerhatian rawatan dan keperluan, bafkah dan kebiasaan yg selalu diberikan.
4. Sekiranya kesulitan menyusu boleh mengupah wanita lain untuk disusukan.
Ayat 7
1. Perempuan dalam iddah tidak boleh meminta lebih sekiranya tahu keadaan suami yg menceraikannya tidak mampu.
2. wanita oerlu redha apabola suami dalam kesempitan. Kedua pihak perlu ada toleransi
Ayat 8 (takhwif ukhrawi)
1. Sesiapa langgar tatatacara penceraian, Allah akan teliti setiap tindakannya dan Allah akan hisab balik setiap apa urusan yang dilakukan dalam perceraian.
2. Contoh cerai isteri dengan talak tiga. Kemudian duduk sekali tanpa ada rasa apa (Hadis 3 benda buat main terjadi nikah,cerai rujuk)
3. Doa minta takwa اللهم آت نفسي تقواها
Ayat 9
1. Kesan buruk buat lebih kurang hukum nikah rujuk cerai kecelaruan pada pendidikan anak
2. paling penting takwa akan membuahkan kesabaran supaya mengelakkan konflik menjadi panjang dan keadaan kurang baik berlarutan
*Pengajaran : apabila berlaku penceraian menyebabkam iddah hingga jangan asingkan dan jgn melakukan oengasingan menyebabkan diam tiada hubungan anatara suami isteri cerai iddah. Masih kena ada usaha. Kurangkan konflik dan minima kan perselisihan.
• takwa emelen penting supaya berkapang dada yabg luas bila berlaku konflik
Ayat 10 (Penutup)
1. Allah menyediakan azab yabg keras bagi mereka yang melanggar hukum hakam tatacara berkaitan dengan pengurusan perempuan yang berada dalam iddah cerai.
2. Keadaan sempit dan tegang konflik berlaku perceraian atau perkelahian dalam rumahtangga dengan menjadikan diri Ulul Albab dan bertakwa.
3. Ulul Albab melakukan dua perkara iaitu melihat penciptaan langit dan bumi (bangun tidur baca dua ayat akhir surah al Imran). Kedua, cenderung bersama al Quran.
4. Hadis nabi ajar bila berlaku konflik atau serabut dengan (untuk lebih ampuh sambil baca quran) doa yang berkaitan dengan al quran *(minit)
اللهم ابن عبدك وابن عبدك
5. Takwa, ulul albab dan mengikis rasa kedekut bila berlaku konflik rumahtangga sebab antara perkara besar dalak konflik rumahtangga adalah seseorang akan merasa kedekut dengan pasangan yang sedang bergaduh. (Memberi lebih dari nafkah biasa dapat memendekkan konflik dan Allah akan mengeluarkan dan mengangkat konflik)
Ayat 11
1. Keluar dari perkara tidak mampu kawal iaitu kekusutan dan keserabutan keoada penyelesaian dan terurainya masalah.
2. Zulunat maksud kegelapan.
3. Sesiapa yang melakukan sedemikan dapat masuk syirga mengalirnya sungai dan kekal di dalamnya.
4. Allah tekah berbuat baik kepada nya dan itu sebaik baik rezeki
Ayat 12
1. Allah menciptakan tujuh langit dan bumi dan apa sepertinya.
2. Masalah yang dihadapi dalam rumahtangga kecil berbanding pengurusan langit dan bumi tiap2 hari dalam kehidupan
3. Allah meliputi segala sesuatu ilmunya.
4. Syarat hilang konflik kena taat,ibadah, takwa. Maka Allah akan keluarkan dari kekusutan tersebut.