Yana Habibati ❤️❤️, [9/12/2025 7:15 PM]
Ayat 1 (perkaitan munafiq berlaku frasa Madinah)
1. Apabila orang Munafiq datang kepada Nabi Muhammad dan mengakui Nabi sebenar - benar Rasul.
2. Tindakan ketua Munafiq di Madinah Abdullah bin Ubay melalukan pengakuan atau penyaksian dan sumpah kepada Nabi
3. Perkataan penguat iaitu نشهد إنك لرسول. Dalam budaya arab jahiliyah, apabila orang memulakan ucapan yang tiba - tiba bersumpah, orang ini dicurigai. Mereka ada muslihat di belakang melainkan, bersumpah setelah berlaku perbualan. Itu perbualan biasa untuk mempertahankan diri.
4. Mereka memulakan bualan dengan bersumpah kerana mereka rasa takut peringkat awal berjumpa nabi. Mereka sedar diri sendiri ada yang tidak kena.
5. Allah menjawab dengan penggunaan kalimah penguat balasan yang sama يشهد إن لكذبون. Allah menyaksikan orang munafik menipu pada sumpah mereka.
Ayat 2
1. Mereka menjadikan sumpah2 mereka sebagai pelindung untuk halang jalan Allah.
2. Sifat orang Munafiq suka bersumpah (hadis nabi larang banyak bersumpah atau berniaga dengan bersumpah kurang berkat)
3. يعملون perbuatan yang sudah dirancang atau diniatkan. Bukan perbuatan tiba2.
Ayat 3
1. Mereka suka bersumpah untuk dijadikan sebagai perisa kerana mereka dahulu beriman kemudian mereka kufur. Lalu dikunci hati2 mereka. (Al Baqarah khatamallah)
2. Termeterai hati menggunakan perkataan khatama dan tubia. Bermula dengan ditutup mata hati dan dibinalah selaput atau sumbatan pada mata dan telinga. Walaupon mata dan telinga nampak berfungsi celik dan mendengar tetapi mata hatinya sudah tertutup. Telinga dan mata tidak berfungsi untuk kebaikan.
3. Perkataan khatmul qalbi tertutup mata hati lawannya dalam surah kahfi tujuh orang pemuda yang diikat hatinya ratbul qalbi (walaupon 7 pemuda itu dari kalangan anak orang kaya dan menteri raja) dalam riwayat lain mereka hidup mewah dan memakai subang tetapi Allah sebut mereka pemuda yang beriman dan ditambah hidayah serta diikatkan hati mereka. (Tidak semestinya perwatakan alim maka dia selamat dari kemunafikan).
4. Apabila melihat orang munafiq akan datangkan kekaguman kerana mereka berpakaian indah, tubuh badan menarik dan menonjol. Sekiranya mendengar kata2 mereka, orang akan takjub dengan kata2 mereka nampak hebat dan idealistik. Laras penggunaan perkataan orang terpelajar.
5. Hakikatnya Allah umpamakan mereka seperti kayu yang disandar (kayu yang tidak digunakan menunggu masa reput dan jatuh).
6. Mereka mengira setiap teriakan keras terhadap mereka (Mereka saling meninggi suara ketika mereka mengangkat kaum sendiri, walaupon sudah disatukan nabi supaya tidak asabiyah dan perkauman hingga menyebabkan Ansar tidak selesa). Saad bin Muaz memberi janji setia kepada Nabi sepertimana pengikut Musa menyeberangi laut kami akan ikut. Didengari Malaikat dan dingkat kepada Allah. Hari wafatnya Arasy Allah bergegar dan Saad bin Muaz selamat dari himpitan kubur (hatinya tiada kemunafikan)
7. Allah akan membinasakan mereka kerana mereka berpaling dan kenapa orang yg mendengar ayat ini ingin mengikuy orang munafiq yang berpaling.
Ayat 5
1. Turun khusus untuk Abdullah bin Ubay ketua Munafiqin.
2. Ayat ini turun ketika para Shabat Muhajirin dan Ansar sedang dalam perjalanan peperangan. Seorang lelaki Ansar menepuk secara kasar lelaki Muhajirin (mungkin bergurau tetapi menyebabkan salah faham). Hingga lelaki Muhajirin itu menyeru secara kuat, wahai sekalian Ansar. Kemudian nabi mendamaikan. Sampai di Madinah, didengari berita itu pada Abdullah bin Ubay. Lalu dia membuat propandaga memburukkan orang Muhajirin. Rasulullah membetulkan kembali keadaan. Orang Muhajirin dan Ansar menyuruh Abdullah bin Ubay pergi berjumpa Nabi meminta ampun kerana memanaskan isu kembali. Tetapi dia tidak mahu.
3. Antara ciri munafiq adalah sukar untuk beristighfar kerana dia merasa tidak bersalah atau merasa dosa yang dilakukn tidak besar. (Hadis orang munafik lihat dosa seperti lalat).
Yana Habibati ❤️❤️, [9/12/2025 7:15 PM]
Ayat 6
1. Ketika Abdullah bin Ubay hampir meninggal dan nazak. Riwayat menyebutkan ketika Abdullah bin Ubay sedang nazak, dia meminta anaknya, Abdullah bin Abdullah bin Ubay seorang Sahabat Nabi yang pernah menawarkan diri untuk membunuh ayahnya sendiri atas ketebalan kemunafikan ayahnya. Sebelum dia meninggal, dia kinta anaknya jumpa nabi dan meminta pakaian nabi untuk dipegang supaya diringankan sakaratulmaut. Anaknya merasa malu untuk meminta kepada Nabi. Dan Nabi memberikan bajunya. Walaupon Umar tetap memprovok nabi peristiwa perang Uhud kacau bilau, Aisyah difitnah. Nabi pergi rumah Abdullah bin Ubay kerana nabi diberi pilihan untuk meminta ampun untuk Abdullah bin Ubay. Dalam Surah Taubah, minta ampun 70 kali tetap tidak diampunkan. (Kisah ikrimah bin Abu Sufyan takut nabi dan jasanya dalam Islam ketika Perang Yarmouk dan peristiwa diberi air suruh beri kepada orang lain) ayat minal mukminina rijalun sadaqul ma ahadullah.
Ayat 7
1. Propaganda Abdullah bin Ubay mengatakan setelah isu pergaduhan Muhajirin dan Ansar supaya tidak menolong mereka yang kononnya telah mengambil kesempatan ke atas mereka
Ayat 8
1. Projek menghalau Muhajirin
2. Segala keinginan buruk didedahkan melalui surah ini perangai sebenar orang munafik terhadap muhajirin.
Ayat 9
1. Sebab orang munafik jadi munafik dan peringatan orang beriman (ya ayyuhallazina amanu diulang 89 kali)
2. La tulhikum jangan rasa seronok dgn harta dan anak2 pengikut pengaruh isteri menyebabkan hipokrit(al Insan) (tawanan atau isteri) مسكيما يتيما وأسيرا نطعم
Ayat 10 (cara mengubati)
1. Cara tidak lalai dengan harta dan anak pinak dengan berinfaq sebahagian kecil daripada rezeki
2. Orang munafik apabila masuk dalam kubur dan lihat kesan kemunafikan pada dirinya meminta dikeluarkan kembali dari kubur untuk bersedekah dan jadi orang soleh
3. Cara buang kemunafikan adalah sedekah dan solat terutama subuh dan isya. Ulama berpandangan cara Membaiki semangat solat sunat dengan melakukan qabliyah subuh dan witir
Ayat 11
1. Ketetapan sudah ditetapkan dan peluang berbuat baik sudah diberikan. Maka terpulang kepada seseorang untuk melakukan kebaikan ataupon tidak.