Yana Habibati ❤️❤️, [10/10/2025 8:01 PM]
●Juz 29 dari al Mulk hingga Mursalat surah turun pada frasa dakwah nabi berada peringkat akhir di mekah sekitar tahun ke 7, 8,9,10,11 sebelum berhijrah ke Madinah (kurang setahun selepas peristiwa Isra Mikraj)
●banyak hadis2 sahih menveritakan tentang fadhilatnya
● dinamakan juga al munjiyat maksudnya surah2 yg mennadi oenyelamat kepada orang yg merenunginya, membacanya dan mengamalkan apa yang ada di dalamnya dengan diselamtkam dari azab kubur, selamat dari keadaan yg payah dan susah ketjka berdiri di padang mahsyar.
●menceritakan satu kefahaman menyeleweng yg difahami arab jahiliyah iaitu wujudnya pemberi berkat selain Allah.
Ayat 1
1. Maha Berkat Allah. Berkat apabila turun paxa makhluk ia akan menjatuhkan kedudukan makhluk dan meninggikan kedudukan tuhan.
2. Unta apabola duduk. Arab memanggil يبرك بعير dari berdiri unta duduk.
3. Apabila makhluk mendapat berkat dari Tuhan dia akan mengakuinya tidak ada apa2. Dia akan mengiktiraf dirinya lemah.
4. Hadis Qudsi nabj sebut Allah berkata wahai anak adam jangan takut pada mana2 pemerintah selagimana kerajaanku masih wujud.
Ayat 2
1. Disebut kematian dahulu sebelum disebutkan kehidupan.
● pandangan pertama kematian dengan makna kita tidak wujud sebelum kita ada sekarang. Beberaoa thaun lelas kita tiada dan orang tidak kenal kita. Maknanya orang zaman nabi tidak tahu kita akan hidup
● keadaan hidup dalam rahim ibu kita seperti mati hanya menerima sahaja nikmat dari Tuhan tidak mampu berbuat apa
●tidak mendapat hidayah. Sebelumnya sesat kerana rahmat Tuhan Allah jadikan kita hidup. Dalam hadis qudsi wahaj bani Adam setiap dari kamu sesat kecuali Aku yang ebri hidayah. Asalnya manusia sesat dan sesat itu umlama seerti orang mati tidak tahu buat apa.
2.misi hidup buat amalan terbaik ikhlas dan mengikut nabi*minit 9
Ayat 3
1. Manusia tengok langit pada mata terbatas. Ada lebih lagi ciptaan tuhan kita tidak tahu.
2. Tidak ada apa yang Allah cipta tidak seimbang. Cuma kadang2 kita xfaham ciptaan Tuhan
3. Perkataan basar guna mata tengok dan teliti secara perlahan.bukan secara imbas. Roa tengok dengan mata secara kosong tetapi yubsir tengok seoerti Ulul Albab akan tengoj dan sebut rabana ma khalqta haza batila. Wahai tuhan kamu tidak buat semua benda ini sia2 pasti ada sebab cuma tinggal samada aku paham atau tidak
4. Kalau mahu rasa hebatnya kekuasaanku ulangilah kedua kalinya oati pandnagn dan penelitian kali kedua itu kamu akan tunduk hina dan jadi terduduk dan letih dengn sebabcantiknya ciptaan Tuhan.
5. Perkataan summa tengok sekali ciptaan tuhan kemudian kalau tidak nampak tungu dahulu ambil masa kemudian tengok lain sepertimana dalam (surah al syrah) tiada summa bahawa Allah mudahkan tidak perlu ada tempoh lama. Bilamana Allah jngin mudahkan dia terus mudahka .Tetapi orang yg ingin faham kebesaran Tuhan perlu ada suma tempoh untuk faham kebesaran Tuhan sebab itu tidak akan faham apa tuhan takdir untuk kita dgn cara cepat. Perlu ambik masa nak faham kenapa jadi begini dan dan jadi begitu**
6. Keberkatan Tuhan akan nampak dengan ketenangan dan tidak gopoh
Ayat 5 menempelak atau lerbetulkan silapfaham musyrikin mekah yg menyembah bulan dan bintang yang berada di langit
1. Bintang2 dan planet2 yg berada di langit fungsinya merejam syaitan
2. Terpesona dengan bitang dan planet hingga ada masyarakat arab yang menyembah planet dna bitang. Nak hujan bintang ini nak jemarau bintang ini. Tuhan bagitaju bahawa apa yg disembah itu syaitan dan pihak yg kamu sembah itu benci apa yg kamu buat iaitu mensyirikkan Tuhan.
3. Dan kalau mereka dibenarkan oleh Tuhan untuk beriahu kebenaran. Mereka mungkin akan merejam kamu ekrana syaitan boleh jadi dari kalangan jin dan manusia
4. Syaitan naik ke langit untuk ambil berita di langit pasti akan dikejar dengan bintng dan tahi bintang yg berlegar (al sofat)
5. Berkat Allah jadikan bulan dan bintang pengahalau syaitan. Dan kalau betul mencari berkat Allah jadikan diri kita penghalau syaitan*
لأغوينم أجمعين إلا عبادك المخلصين
Yana Habibati ❤️❤️, [10/10/2025 8:01 PM]
6.Syarat benteng diri pada syaitan adalah tauhid. Oara ulama menerima manusia bukan nabi masij ada potensj pengajalau syaitan dengan syarat betul2 menjaga tauhid kepada Allah seperti umar yg ditakuti syaitan. Bulan dan bintang yg xberibadah solat pon ditakuti syaitan apatahlagi manusia yg mentauhidkan Allah. Berkat ibadah berkat tauhid.
Ayat 6 : takhwif ukhrawi adalah ancaman Allah kepada kafir iktikad (lawan nabi dan sembah berhala secara terangan) dan kafir amali (munafik)
1. Dilemparkan orang kafir dalam neraka
2. Kafir dalam bahasa arab bermaksud secara umum orang tidak mengendahkan ajaran Islam walaupon dia orang islam. Dia tidak disebut sebagai kafir zimmi dan kafir harbi tetapi perbuatan orang kafir. Contoh meremehkan solat. Tidak menutup aurat. Itu perbuatan orang kafir walaupon
3. Kaedah yang betul apabila membaca ak quran untuk mengambil manfaat dan ibrah. Tidak merasa al Quran tidak bercakap tentang orang lain tetapi bercakaptenrang diri dengan guna kaedah al ibrah bi umumillafaz (ambil pengajaran dengan lafaz cara yg umum bukan lafaz yg khusus.
4. Kalau hanya fokus asbab nuzul, maka kita jadi baca al quran menjadi tengok sejarah kisah lampau sahaja. Bacaan al quran tidak menjadi pembersih pada kehidupan kita kerana hakikat ayat ak quran untuk membaiki diri kita. Walaupon kita sudah islam masih terdedah kepada sikap dan kebiasaan orang kafir itu sendiri.**minit 6
5. Jadi ini ancaman kepada semua orang, bukan hanya untuk orang kafir shaja walaupon asalnya untik orang kafir zaman nabi
Ayat 8
1 ada kelompok masuk syurga secara sauj(kelompok demi kelompok dan berkumpulan (zumar
Ada orang masuk neraka dan diazab secara individu iaitu orang yg menentang kewajipan pembahagian harta pusaka (al nisa 11-13) *minit8
Itu termasuk dosa besar.
Ayat 9 (jawapan kepada semua orang yang beralasan terhadap kejahatannya terpesongnya dan jauhnya dia dari wahyu)
1. Ada sebahagian orang cuba menjadikan dirinya tidak begitu teruk bila bercakap tentang dosa yang dilakukannya.
2. Alasan menyalahkan keadaan dan suasana alasan tidak kuat kerana pasti ada penveritaan yg masih tersembunyi melainkan memang betulada azab kuat (al isra) وما كنا معذبين jika tidk dtg oadanya rasul (isyarat, laluan kebaikan, peringatan, orang nasihat). Barulah diberi keuzuran. Tuhan akan tanya satu persatu. Samada menjadi jahat kerana mangsa keadaan atau kita sembunyikan bukan sebenar mangsa keadaan. Tetapi kita sahaja memangsakan diri.
Ayat 10
1. Pancaindera yang mula sekali adalah dengar.
2. Tidak boleh tipu diri sendiri pernah dengar agama tetapi tidak duduk dengar, yerdengar. Mungkin buka hp dan lalu video kuliah tapi kita tidak endahkan slide ke atas tangan dan jari kita lakukan. Sudah lalu tapi kita tidak mengendahkan Kita mungkin boleh tipu orang lain xpernah dgr langsung agama minit 11*
Ayat 11
1. Akhirnya mereka akan mengaku.
Ayat 12
1. Keuntungan besar kepada orang2 yang sentiasa takut kepada Tuhan dalam keadan bersendirian.
2. Bertakwa kepada Allah bila duduk seorang diri akan menjadi oenyebab bertajwa bila duduk dengan orang ramai. Nabi ajar sebelum salam
اللهم إني أسألك خشيتك في الغيب والشهادة
Pengajaran : Diabaca sebelum tidur supaya nampak pilihan menjadi jahat terbuka dan pilihan menjadi baik pon terbentang. Kerana ada org buat jahat dalam keasaan sembunyi2 dan terang2. Begitu juga ada org buat baik secara sembunyi2 dan terang2.
Ayat 13
1. Lanjutan dari ayat sebelumnya bagi orang yang takut kepada Allah bila bersendirian maka dia akan mendapat keampunan dan pahala besar.
2. Sempruna Nya pengetahuan Tuhan terhadap manusia sehingga dia tahu perkataan yang diperlahankan sebutannya atau disembunyikan dan juga perkataan yang dijelaskan samada perkataan elok atau tidak elok.
3. Melawan ideologi musyrikin mekah yang mengatakan Allah hanya tahu benda2 terbuka sahaja. Benda tertutup samada buat jahat di tempat yang gelap. Ada dalam kefahaman pemimpin quraisy yang belajar dari ahli kitab Yahudi.ahli kitab yahudi mengajar perkara tidak betul kepada mereka supaya syirga dipenuhi orang yahudi sahaja (ideologi ahli kitab).
Yana Habibati ❤️❤️, [10/10/2025 8:01 PM]
Syurga itu milik mereka. Maka mereka perbodohkan masyarakat arab.
4. Doa dalam sujud اللهم اغفر ذنبي كله دقه وجله
● kalau xbaca subhanarabial ala. Terus baca doa ini. Banyak riwayat nabi baca dalam solat rawatib. Solat fardhu nabi banyak baca subhanarabiyal Ala
●Doa minta ampun kepada Allah di Tas tindak tanduk kecuaian.
Ayat 14
1. Abu jahal berkempen untuk buat jahat dibolehkan tetapi buat jahat dalam tempat gelap.
2. Nak kata dan burukkan kepada muhammad dibolehkan tetapi kena selubumg kepada supaya Allah tidak nampak. Turun surah al Anam untuk sanggah musyrikin mekah. Biji benih yg kamu tanam gandum semua itu semua dalam pengetahuan aku. Apatahlagi kata2 kamu dan perbuatan kamu terhadap dakwah muhammad Allah tahu. Cuma Allah tidak mahu mengambil tindakan lagi.
Ayat 15 (tasliyah tenang hati sahabat khususnya)
1. Sahabat yang kaya perniagaannya merosot. Sahabat boleh bekerja tidak boleh bekerja dan tidak dibayar gaji sbeab musyrikin mekah melakukan penindasan(tahun 11-12)
2. Semua orang islam beriman kepada nabi akan disusahkan .
3. Isyarat untuk berhijrah. Maknanya rezeki bukan hanya di Mekah
4. Perkataan famsyu santai dan rilek. Kamu makan dahilu rezeki yg ada di mekah kerana manusia perlu sedikit shaja rezeki untuk hidup tapi kadang2 nafsu ingin lebih. Sepetutnya boleh makan sepinggan. Tapi kita simpan 10 pinggan kat rumah kerana takut xmakan esok.
5. Ayat tentang cari rezeki guna perkataan famsyu iaitu berjalan dengan sederhana. Tetapi untuk taubat dan datang masjid kena laju,solat jumaat. Fafirru ila llah, wasariu ila maghfirah, fasau ila zikrillah (tiada kerja apa terus pergi solat)
6. Samtai2 untuk cari rezeki. Beribadat perlu bersegera. Ada ruang kosong sediakan terus. Manusia tidak perlu ambil banya rezeki tetapi ibadah perlu ambil banyaj kerana ianya sangat membantunya di akhirat**
Ayat 16 (tasbit meneguhkan hati para sahabat)
1. Muka bumi mekah pernah berlaku goncanagan waktu lampau hingga membentuk lembah.
2. Beberapa ribu tahun dahulu dataran dekat2. Dahulu semenanjung dengan sabah sarawak bergabunh. Dan akhirnya dipisahkan dengan laut oleh Allah. Sebab tu dalam al quran cerita manusia biasanya berlegar tanah arab,hijaz,semenanjung arab, sampai ke turki dan iraq. Wilayah melayu tidak disebutkan sangat dalam al quran. Mengikut ahli sejarah dataran kawasan melayu tiada orang sebab itu nabi hanya berkitar di kawasan turki, iraq, arab saudi, yaman. Negara tertua adalah yaman kerana yaman pemilik sejarah umat manusia. Mesir ummudduniya ibu kepsda sejarah dunia. Tetapi ayahnya adalah yaman keluarnya raja tuba dan himyar manusia tertua daripada mereka keluar arab, parsi hingga sampai ke melayu (himyar dna manusia yang awal dn orang yang asal)
Ayat 17
1. Pernah berlaku di mekah turun angin yang membawa batu sekali dengan api yang membakar(cerita abrahah).
2. Orang tua mekah pasti mengetahui ayat ini verita tentang apa kerana sejarah lama. Sedangkan nabi belum lahir lagi tapi dia boleh cerita macam dia hodup ketika itu. Itulah mukjizat.
Ayat 18
Semua umat dahulu tidak epeduli kepada rasul.mereka hingga mereka dibenamkan dihilangkan
Ayat 19 dalil untik mentauhidkan mengesakan dan bertawaka kepada Tuhan
1. Sewaktu burung terbang buka dan tutup sayap.
2. Tiada menahan mereka bermaksud menahan rezeki burung. Sebahagian burung dijadikan bukan hidupam laut tetapi sumber makannya dari laut. Sepetunya kena bagi kebolehan berenang pada burung. Tetapi Allah jadikan mereka beroleh rezeki dari laut kerana sifat al Rahman Tuhan. Sebahagian burung helang boleh bakar kawasan utnuk menangkap rezekinya.
3. Hadis tawakal masuk syurga seperti hati burung. Burung ambil rezeki tidak tamak. Tidak akan tengok burung ambil makanan dengan olastik beg sampai dua tiga hari xkeluar sarang. Dia ambik hanya untuk ahri itu. Esok keluar lain.
Sifat burung tidak tamak dan apabila ancaman dia akan terbang tidak suka mencari pasal dengan orang yg nak mengancamnya.
Yana Habibati ❤️❤️, [10/10/2025 8:01 PM]
4. Perhati burung. Barangsiapa bertawkal Allah akan mevari rezeki spt burung kekuar oagi perut lapar dan oetang balik. Nabi isyratkan Tiada burung berburu pada waktu malam kerana burung bertasbih waktu malam.
Pengajaran konsep Menyedarkan kita hidup di dunia berpada2 pada urusan dunia tetapi bersungguh2 pada urusan akhirat melahirkan rasa khusyu dan takut kepada Allah
Ayat 20 (tawbikh sindiran kepada musyrikin mekah yang mencabar nabi walaupon sidah sampai tahun ke 10 dan 11 terima dakwah dan wahyu. Tempoh yang begitu lama dan sepatutnya manusia biasa yg tiada kedegilan melampau dalam diri boleh faham apa dakwah yang dibawa oleh nabi dan apa yang ingin disampaikan nabi melalui risalahnya. Nabi tidak ingin kedudukan sebagai pemimpin cuma nabi jngin bersihkan kota mekah dari kesyirikan sepertimaba yang dilakukan nabi ibrahim dan nabi ismail dahuu.
1.Ayat ini unsur cabaran siapa yg boleh selamatkan kamu semua pemimpim2 quraisy dari Allah bersifat Rahman
2. Bukan sekadar untuk disebut kepada kafir quraisy. Ia termasuk orang islam berperilaku seperti kafir, tindak tanduknya tudak mengamalkan kehidpan islam dalam diri. Satu teguran mereka yg hidup dalam gaya tidak ikut islam walaupon dia muslim. Siapa yg boleh menghalangnya jika turun eringatan dari tuhan?apa2 yg menyebabkan dikenakan kecelakaan
Ayat 21
1. Konsep Allah ingin tegur musyrikin mekah dan semua manusia bahawa rezeki satu benda yg ditetapkan tuhan. Rezeki bertambah dengan syurkur. Lain syakartum laazidanakum (jbrahim)
2. Syukur ibadah menambahkan ibadah dan keataatan2 sunah hingga cinta tuhan kepadanya. dan melakukan ketaatan. Hadis qudsi ada hambaku yg mendekatiku dengan ibadah fardhu dan mendekatiku dengan ibadah sunah hingga mencintaiku. Minit 8**
3. Rezeki bukan semata tambah material tetapi rasa cukup yg tidak ada pada orang kebanyakan. Ada orang dia ada banyak tetai dia tidak rasa cukup. Ada orang dia ada biasa tetapi rasa culup ada. Rasa cukup ada pada oerasaan bukan hanya pada kuantiti semata2Minit 9**
4. Allah memegang rezeki. Lebih dahsyat lagi musyrikin mekah cari rezeki dengan ingkar pada Tuhan. Manusia yang cepat dapat mrka tuhan dia cari rezeki dgn langgar perintah uhan. Ramai org tinggal syariat, tinggal solat tinggal hukum hakam juabeli yg syarie kerana ingin untung lebih dan beralasan cari rezeki. Ini keadaan bhaya. Allah memberitahu jangan buat sedemikian
Ayat 22
1. Allah buat perumpamaan
2. Walaupon orang kafir quraisy nampak laju berjalan dapat rezeki banyak tetapi Allah kata cara mereka berjalan seperti org berjalan gina muka
3. Sedangkan orang beriman jalan guna kaki walauon lambat
4. Sebab itu orang walaupon mahir jalan dengan tangan atau muka tetap disebut manusia yg tidak normal. Kalau berjalan dgn kaki normal manusia dan manusia itu akan sampai walaupo lambat.
5. Allah nak bagitahu orang beriman walaupon kamu slow dari segi penghasilan dunia tapi janvan risau kerana kamu di atas cara jalan yg betul.
6. Ada perkaitan dengan ayat 15 ambillah rezeki dengan santai jangan Ambil rezeki dengan tamak haloba. Sebab tuhan sudah tetapkan rwzeki. Ebrjlan dgn santai. Jangan jadi mcm orang kafir bersungguh merangkak mencari rezeki kerana takut rezeki iti diambil orang lain.
Ayat 23
1. Tiga elemen utama manusia iaitu pendengaran penglihatan dan hati nurani untuk berfikir. Sebab itu kalau 3 elemen ini guna elok orang itu akan jumpa siratal mustaqim.
2. Tapi kalau guna 3 ekemen ini dgn cara xbetil akan menjadi sesat. Doa hr abu dawud allahumma ini syarri basari wamin syaari qalbi manii. Lima benda nabi sebut dalam doa menunjukkan kalau tidak kena gaya guna oancaindera Tuhan beri kita akan jadi golingan yg berjalan dengan muka tadi iaitu berjalan dengan tidak normal
3. Allah kata sedikit sangat orang yg guna pancaindera dengan baik hingg dapat redha Allah. Ada riwayat dari umar lalu seseorang yg baca am quran kemudian elaki itu berdoa : allahummaj alni min ibadika qolil. Riwayat lain Allahumajalni min aqallin. Umar bertanya kenaoa doa sebegitu. Dia kata kerana dalam quran yg beruntung itu sedikit sahaja. Ya Allah jadikankuhamba yg sedikit.
Yana Habibati ❤️❤️, [10/10/2025 8:01 PM]
Dlaam ayat ini sedikit sahaja yg bersyukur. Ayat lain tiada yg beriman kecuali sedikit. Wa ma amanu maahu illa qolil. Wa qalilumin ibadiha syakur. Surah al waqiah qalilul minal akhirin. nak sebut keprihatinan orang yg baca quran zaman dahulu hingga nampak kt mana tempat untuk berdoa.
Ayat 24
1. Ayat tentang qudrat Allah.
2. Berkembang biak dan bertambah keuntungan dalam urusan hidup semua dari Allah
Ayat 25
1. Apabila dapat banyak nikmat, penyakit quraisy nusrikin selalu mengatakan bila nak turun azab sepertimana didakwan nabi muhammad dan pengikutnya.
2.Manusia yg lemak dengan nikmat tuhan akan menjadi sedemikian.
3. Allah bersifat al Rahman tidak turunkan azab cepat. Kalau Alah ingin turunkan azab cepat dan hancurkan musyrikin mekah dia boleh hancurkan. Tetapi Allah ingin beri peluang untuk bertaubat dan ruang berfikir bagi waktu. Maka dengan rahmatNya dia tangguh azab kepada golongan yg ingkar sampai Hari Kiamat.
Ayat 27
1. Memceritakan tenrnag kiamat akan berlaku menyebabkan oramg kafir berubah wajahnya terkejut melihat apa yg ditentang adalah benar ketikamana dibangkitkan di oadang mahsyar
2. Petanda mereka akan dikalahkan dalam masa terdekat dalam perang badar. Ayat ini diturunkan tahun ke 11,12,13 fasa akhir di mekah. Setahun selepas nabi berhijrah ke Madinah berlakunya perang badar. Wajah ketua musyrikin mekah menjadi muram iaitu Abu jahal dibunuh oleh Abdullah bin Masud. Hadis nabi bercakap dengan jenazah2 kafir quraisy
Ayat 28
1. Persoalan menunjukkan bahawa tetap dan tegasnya pendirian orang islam
2. Sekiranya orang islam mati sebelum hijrah atau Tuhan Rahmati. Siapa yg dalat selamatkan mereka dari azab pedih.
3. Tiada kerugian pada orang Islam kerana mati tidak rugi dan menang pon satu nilai tambah. Tiada kegusaran.
4. Pendirian orang islam tetap tidak berganjak. Akan menjaga akidah. Walaupon mati sebelum hijrah dan tidak mendaoat tempat baru. Atau mendapat tempat baru dapat takluk dan buka kembali kota mekah. Itu ketegasan dan muktamad
Ayat 29 (ayat tasliyah penenang hati nabi dan para sahabat)
1. Nama Tuhan sifat al rahman menunjukkan tuhan beri nikmat tetapi manusia tidak faham nikmat itu.
2. Antara nikmat yg tidak difahami orang islam zaman nabi ditekan dan ditindas. Jiwa orang islam ketika itu ketenangan dalam beribadah walauoon ditekan dan ditindas walauoon duduk dekat dengan kaabah yg dipenuhi dengan berhala dan bau sembelih binatang untuk berhala.
Ayat 30
1. Sebahagiab ulama mengatakan Mengingatkan memori orang mekah air zamzam pernah berhenti dari mengalir.
2. Air zamzam ketika perang setelah kewafatan Nabi Islam. Telaga zamzam ditimbus dan berhenti mengalir dakam waktu yang lama. Kemudian Abdul Mutalib yang menjumpai kembali mata air zamzam. Abdul Mutalib berMimpi kordinat sebenar air zamzam. Air zamzam dibuka kembali dan mengalir sampai sekarang.
3. Sesiapa yg berusia 70 an pasti ingat mekah tiada air zamzam.
4. Sekiranya ingin menentang dakwah nabi, maka Allah boleh jadi bumi mekah kering kontang kembali dengan tiada air zamzam. Itu ancaman. Orang mekah menjadi kaya kerana mengawal air zam zam dan masjidil haram.
5. Jika kamu kufur ingkar kamu akan kembali miskin dan terhina seperti dahulu kerana kerajaan itu milik Allah.