●Dari segi makna (ghabnun) Hari Yang Merugikan (Hari yang diperlihatkan segala kesalahan).
● Hadis dua nikmat yang dirugikan kesihatan dan waktu lapang
●Tujuh surah al Musabbihat (dimulai dengan fiil Mudhari) (al Isra(9 checklist seorang pemimpin)*, al Hadid, al Hasyr, Saff, Taghabun, Ala dibaca sebelum tidur)
Ayat 1
1. Surah musabihat ada rahsia tersendiri terutama mengangkat elemen tasbih.
2. Tasbih selalu dilakukan dalam kehidupan harian seperti selepas solat, naik kenderaan, turun tasbih.
3. Kisah Juwairiyah yang berzikir lama pagi hari. Diajar Nabi bertasbih dengan ganjaran besar
4. Terjemahan tasbih yang tepat seperti doa naik kenderaan. Bermaksud Maha Suci Tuhan yang Berkuasa menyucikan kita (doa iftitah)
Ayat 2
1. Bukanlah manusia tidak boleh berubah dan sememangnya ditetapkan mukmin dan kafir.
2. Allah menjadikan jalan2 untuk seseorang itu beriman atau menjadi kafir selepas mereka buat pilihan. Seperti orang membuat pilihan tidak mahu solat sedangkan sudah diberi qudrat untuk buat. Maka jadilah terumbang ambing.
3. Tidak seperti apa yang difahami oleh kelompok Jahmiyah dan qadariyah bahawa manusia sudah ditetapkan tanpa ada perubahan langsung.
4. Perkataan تعملون isyarat menunjukkan adanya ikhtiar kuasa pilihan. Kita berniat ingin melakukannya. Maka Allah jadikan.
Ayat 3
1. Allah menciptakan langit dengan benar bermaksud Allah satu2nya tunggal dalam mencipta tanpa ada pihak lain.
2. Perkataan al haq bermaksud al wahid atau al ahad al somad (satu-satunya Tuhan yang menunggal)
3. Allah menjadikan manusia dan segala makhluk mempunyai bentuk dan rupa paras.
Ayat 4
1. Kesempurnaan ilmu Allah.
Ayat 5 (Takhwif duniawi dan dalil naqli)
1. Ancaman Allah berikan kepada orang derhaka dengan melihat kepada sejarah orang derhaka.
Ayat 6
1. Orang yang derhaka menerima azab Tuhan kerana mereka mempunyai penyakit sombong dan remehkan orang yang bawa kebenaran. Selama ada penyakit ini orang tersebut tidak akan mendapat kebenaran.
2. Allah tidak memerlukan mereka.
Pengajaran : Siapakah yang rugi adalah manusia, bukan Tuhan. Sekiranya manusia tidak bertasbih, Tuhan tetap suci. Yang rugi manusia yang tidak bertasbih. Perbuatan tasbih membantu kelancaran hidup manusia. Allah sudah sedia sempurna, manusia yang memerlukan bantuan dari Allah yang Maha Suci untuk teruskan hidup.
Ayat 7 (Ayat Zajrun ancaman dan membawa elemen syikayah Allah menunjukkan penyakit sebenar orang yang menentang Allah dan Rasul)
1. Ideologi dan pemikiran orang kafir hanya sekadar hidup di dunia, tiada lagi hidup selepas hidup di dunia setelah mati.
2. Allah menafikan sangkaan mereka yang mengikut dorongan hawa nafsu.
3. Akan berlaku kebangkitan. Apabila berlaku kebangkitan, proses ditempuhi manusia apabila dibangkitkan segala amalan secara teliti akan dibuka.
4. Perkataan لتنبئن ada lam taukid (penguat) pasti akan dibuka amalan mereka. (Surah al naba : berita pasti betul tiada tokok tambah. Lawannya khabar iaitu boleh jadi betul dan tidak betul)
Ayat 8
1. Menyangka hidup hanya di dunia dan tiada kebangkitan adalah tanda gelapnya hidup manusia.
2. Allah menurunkan al Quran untuk mencerahkan kembali. Al Quran disifatkan sebagai cahaya.
Ayat 9
1. Perkataan al Jam' iaitu hari berkumpulnya manusia di padang Mahsyar.
2. Hari itu adalah hari yang pasti akan diungkapkan kesalahan dan pasti merugikan orang yang melakukan kesalahan walaupon kesalahan tersebut tidak diketahui orang lain
3. Kesalahan yang dilakukan tidak dilakukan taubat dan memohon ampun, maka ia merugikan orang yang membawa beban kesalahan tersebut.
4. Syarat tidak menjadi rugi pada hari Taghabun :
- Beriman
- Beramal soleh
5. Kelebihan golongan yang tidak rugi :
-Mereka dihapuskan kesalahannya (doa orang abrar al Imran). وكغر عنا سيئتنا وتوفنا مع الابرا
-Dimasukkan dalam syurga yg mengalir di bawahnya sungai2 (dahaga dan terbayang air ketika berdiri di padang Mahsyar) dan kekal mereka di dalamnya selama - selamanya.
6. Fauzul Azim 13 kali diulang dalam alquran. Sebelumnya pasti disebut syurga yg mengalir (last disebut)
Ayat 10
1. Orang Kafir Musyrik dan Munafiqin yang menentang Nabi
2. perkataan kafir secara umum dalam al Quran termasuk kafir akidah dan perbuatan
3. Antara rosak Islam seseorang kerana tidak menunjukkan perbuatan orang Islam (Kafir amalan)
Ayat 11 (ayat Tasliyah penenang hati Nabi da para sahabat)
1. Paling banyak diuji adalah para nabi dan Rasul
2. Makin banyak ujian makin besar pangkat dan darjat seseorang itu di sisi Allah (seperti dunia orang pangkat tinggi perkhidmatan pasti lalui ujian banyak)
3. Sesiapa yang diuji dan ditimpa musibah. Kemudian dia beriman ketika diuji. Allah akan beri hidayah dengan dikuatkan hati untuk menghadapi ujian tersebut
Ayat 12 (rahsia untuk sentiasa bertahan dalam ujian)
1. Taat kepada Allah dan Rasul. Maka akan mendapat kekuatan dari ujian tersebut.
2. Tugas Nabi hanya penyampai. Nabi bukan menjamin keselamatan. Nabi hanya boleh menjamin orang selamat yang ikut perintah Allah dan Rasul.
Ayat 13
1. Jaminan paling besar adalah Tauhid
2. Tauhid pasti akan memberi kekuatan Tawakal kepada Allah.
3. Seseorang yang kurangnya Tauhid, rosak pertama sekali adalah tawakalnya merasa sedap bergantung kepada Allah.
Ayat 14 (Ujian orang Muhajirin di Mekah)
1. Para Sahabat Nabi dari kalangan muhajirin yg berhijrah bersama nabi ke Madinah dan meninggalkan anak2 dan isteri yg kafir di Mekah
2. Ketika mereka berada di Madinah, utusan dari keluarga Mekah sentiasa sampai supaya mereka kembali dan akan diberi segala kemewahan dan kesenangan.
3. Jangan sesekali terpedaya dgn utusan itu. Jaga Akidah dan iman supaya tidak terpedaya dengan berhati2 kepada anak2 pengikut2 dan isteri2
4. Perkataan berhati2 terhadap isteri dan anak2 cara tidak mengikut ajakan ahli keuarga bukan dengan menolak menggunakan suara tinggi.
5. Kaedah hadapi pasangan dan anak2 dengan memaafkan pada tiga peringkat :
● Ta'fu maaf tetapi melekat dalam hati.
●Tasfahu maaf dan berbuat baik
Taghfiru maaf, buat baik dan seolah mereka tidak pernah buat salah terhadap mereka.
6. Semua kemaafan itu perlu ada kesabaran. Marah dibolehkan tetapi tidak berdendam dan konflik terlalu lama.
7. Ikutlah sifat Allah Maha Pengampun memberi waktu, masa, rahmat dan berkat walaupon tidak semua kita lakukan perintahNya. Tetapi Allah tetap memaafkan.
8. Bagi sesiapa yg ada konflik dengan pasangan dan anak2 atau makhluk2 perlu kita ingat bahawa Allah lebih patut mengambil tindakan terhadap hamba2 Nya yg degil. Betapa ramai kafir diberi makanan,minuman dan kemewahan di dunia dalam keadaan mereka ingkar terhadap Tuhan tana diambil tindakan. Apatahlagi kita tidak memberi apa2 kepada orang yg kita berkonflik tersebut.
9. Asbab Nuzul turun ayat supaya beri keteguhan kepada para sahabat yang berhijrah bersama nabi ke Madinah untuk tidak terbawa perasaan rindu dan sayang terhadap isteri dan anak yang masih kafir di mekah sehingga ingin kembali semula ke mekah dan bersama dengan kelompok yang kafir. Dan bersabar dengan ujian tersebut dengan taghaful
10. Isyarat bahawa isteri dan anak2 itu bakal menerima islam. Cuma perlu ada perasaan sabar dan taghaful dalam jiwa orang muhajirin.
11. Taghaful istilah yang digunakan oleh ulama untuk menggambarkan keadaan dalam rumahtangga. Taghaful tidak terlalu terkesan dengan kesilapan dan kesalahan dari pasangan dan anak2. Diberi pendidikan tetapi tidak diungkit dan diulang2 kembali. Dari perkataan ghaflah iaitu lalai. Maka taghaful ini buat2 lalai dan buat2 xingat 3 peringkat(Minit 5.55)
Ayat 15
1. Walaupon sudah diberi toleransi tetap perlu berhati2 khususnya harta dan anak akan jadi ujian.
2. Perkataan inna adalah penguat, ma adatul khasas (pengkhususan). Mengkhususkan harta dan anak2 bakal menjadi fitnah paling besar kepada semua orang.(minit 7)
3. Apabila seseirang terkena fitnah dengan harta san anak. Perkara pertama kena datang dakam oemikiran bahawa pahala Allah lebih besar untuk diutamakan berbanding kecenderungan pada harta dan anak2. Pengurusan harta dan anak2 kadang2 menyebabkan kita terlalai dalam mendahulukan hak Tuhan.
Ayat 16 (cara mendekatkan diri pada Tuhan)
1. Ibadah yang mampu lakukan dengan sempurna dan dekatkan diri dengan ibadah. Sempurnakan yang wajib, cantikkan wajib dan tambah pada amalan sunat.
2. Cara taat dan mendengar kepada Allah dan Rasul iaitu mudah dan banyak berinfaq (minit 9)
3. Seseorang yg boleh infaq harta akan menjadi orang berjaya.
4. Ciri orang berjaya dalam al quran iaitu sabar, sokat, infaq (minit 9.55) seruan azan, al mukinun qad aflahal mukminun, ayat akhir imran ya ayyuhalla
Ayat 17 perumoamaan orang berinfaq
1. orang yg berinfaq seperti beri pinjam pada Tuhan. Contoh orang yg berhutang dgn kita, ketika nak bayar balik hutang dia bayar hutang dan tambahkan lagi beberapa hadiah dan duit. Allah ambil pinjaman dari orang beriman Allah akan balas begitu.
2. Perkataan syakur Tuhan yang berhak diibadahi dan disyukuri nikmatnya
Ayat 18
1. Iman dan takwa diikat dengan yakin dan percaya pada perkara ghaib. Nabi berdoa kesempurnaan iman اللهم زين بزينة الايمان